FINE DINING RESTAURANT
haaa haii
guys!!! so excitedd heheh haa oke,
so,pada
hari minggu saya daan rakan-rakan seperjuang di MSU college mecuba makanan
disana -sini jika berkersempatan,jalan-jalan cari makan kononnya
Kali ini
saya nak bercerita tentang Secret Recipe.
Well known
dengan kesedapan kek yang sedap tak terkata, kan?
Choc
Indulgence, Blueberry cheese, newyork chesse,dan tiramisu
adalah 4
jenis kek yang paling saya suka di sini.
sangat
menggoda perasaan dan anak tekak.
Tapi kali
ni kami tak membeli sepotong kek pun.
Nak mencuba
makanan lain yang resepinya adalah rahsia itu. ngeee..
#uissh besar lah pulak menunyaaa tpi sangat menarik perhatiaan rse mcm tak sabarnya nak pilih makanan heheh
#noodle tomyum kung pilihan imanina sooo sedapppp nyum nyumm...
#haa itu diaa pilihan selera nasreen dapnyaa prawn
macoroni cheese...
oke
Allhamdulillah perut pun dah kenyang so meh sini kite cerite sedikit sebanyak
tentang secret recipe.
oke firstly secret recipe ini diasaskan pada 1997 terus
mendapat nama dan menjadi popular melalui kek gourmet keluarannya yang
mempunyai kualiti hebat.
Kafe pertamanya telah dibuka di SS2 Petaling Jaya, Selangor
di mana menyediakan konsep baharu bagi perniagaan kek dan kopi dalam memberi
kelainan kepada penggemar makanan tersebut.
Secret
Recipe Cakes & Cafe’s boleh didapati di lokasi utama kawasan bandar dan
pusat membeli-belah utama di rantau ini termasuk Singapura, Malaysia, Jakarta,
Bangkok, Manila, Brunei dan Shanghai.
Kafe ini
juga diiktiraf dengan pensijilan halal yang diberikan oleh Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim).
Ia turut
menawarkan perkhidmatan ruang makan yang mesra dan peribadi bagi pelanggan
dengan menggabungkan konsep dalaman yang bertenaga dan kontemporari dengan
suasana selesa dan makanan yang lazat.
Tidak
ketinggalan, Secret Recipe Cakes & Cafe’s juga menyediakan ruang yang
selesa dan besar bagi membolehkan pelanggan menikmati makanan yang lazat dan
berkualiti bersama rakan-rakan atau keluarga selepas hari yang panjang di
tempat kerja.
Secret
Recipe juga komited untuk mematuhi piawaian penyediaan makanan dan pemprosesan
semua di restoran mengikut garis panduan kawal selia, termasuk garis panduan
analisis bahaya dan titik kawalan kritikal (HACCP) dan pembungkus produk yang
didaftarkan untuk mendapat dan mewujudkan keyakinan pengguna ke atas
keselamatan produk di samping sebagai kaedah penggalak pemasaran (VHM).
Selain
aneka kek yang menggiurkan, Secret Recipe turut menawarkan pelbagai makanan
seperti, Tom Yam Kung, Nasi Goreng dengan Satay, Lasagna, Spagheti, Chicken
Cordon Bleu dan pelbagai lagi.
Comments
Post a Comment